Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon berucap ketika program 100 HARI PERTAMA: Datuk Bandar Santuni Warga Petaling Jaya di Dewan Banquet MBPJ pada 23 Mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Lebih 30 projek selesai dilaksanakan MBPJ dalam 100 hari

PETALING JAYA, 23 MEI: Lebih 82 peratus projek dilaksanakan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang diterajui Datuk Bandarnya bagi tempoh 1 Februari hingga 10 Mei.

Mohamad Zahri Samingon berkata bagi tempoh itu, sebanyak 31 daripada 56 projek telah selesai manakala 25 projek masih dalam pemantauan berjadual.

“Antara projek signifikan yang telah selesai dilaksanakan seperti Sistem Smart Billboard, Pelancaran Program Jalinan Kasih 3R PJKita, Customers Feedback System (CFS), Pelan Tindakan Inovasi MBPJ serta Recycle and Redeem Caj Beg Plastik MBPJ.

“Manakala projek seperti PJ City Food Valley, Voluntaray Local Review dan SDGs City Road Map, Podcast PJKita, Pelan Tindakan Warga Emas Petaling Jaya dan Projek Pelan Induk Pengangkutan Petaling Jaya masih dalam pemantauan berjadual,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program 100 Hari Pertama Datuk Bandar Santuni Warga Petaling Jaya di Dewan Banquet MBPJ di sini hari ini.

Mohamad Zahri menjelaskan pengukuran pencapaian pelaksanaan projek dibuat mengikut empat teras Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

“Bagi Teras 1 Pengukuhan Ekonomi telah mencapai 38.1 peratus meliputi 8 projek, manakala Teras 2 Peningkatan Kesejahteraan & Keterangkuman Sosial memenuhi 96 peratus (20), Teras 3 Pemacuan Kelestarian merangkumi 84.9 peratus (8) dan Teras 4 Tadbir Urus S.M.A.R.T & Berkesan melibatkan 84.3 peratus (20).

“Pelaksanaan projek signifikan ini juga menyumbang kepada pencapaian thematik 10 projek Petaling Jaya Pintar, Mampan dan Berdayatahab 2030 (PJSSR2030), enam prinsip Malaysia Madani dan 17 matlamat pembangunan mampan (SDGs),” katanya.


Pengarang :