Laman Kelulut Kebun Komuniti Ukay Indah bawah Projek Rejuvinasi Komuniti Selangor Laman Hijau Strata 2.0 (SCORE 2.0) dirasmikan Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad pada 19 Mei 2024. Foto Majlis Perbandaran Ampang Jaya
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Permohonan Geran Kecil Alam Sekitar dibuka bermula 1 Jun

SHAH ALAM, 26 MEI: Kerajaan Negeri mempelawa orang ramai memohon Geran Kecil Alam Sekitar (GKAS) bagi melaksana projek sistem penuaian air hujan dan kebun komuniti.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin memaklumkan permohonan geran bernilai sehingga RM10,000 itu boleh dimohon bermula 1 hingga 30 Jun.

“Untuk projek sistem penuaian air hujan, permohonan boleh dibuat bagi kegunaan domestik dan pertanian kecil.

“Manakala bagi kebun komuniti, pemohon digalakkan memohon bagi ruang hijau, tempat pembelajaran alam sekitar dan sumber makanan organik,” katanya menerusi Facebook.

Jamaliah menambah peserta perlu melaksanakan projek bermula 1 Ogos hingga 30 Oktober depan dengan tarikh penyerahan laporan perlu dibuat pada 15 November.

Jelasnya, permohonan boleh dibuat menerusi imbasan kod QR yang tertera di poster atau menerusi pautan http://tiny.cc/GeranKecilAlamSekitar24

Untuk maklumat lanjut hubungi talian 03-5544 7841 atau menerusi e-mel ke [email protected]

GKAS mula diperkenal pada 2018 bertujuan membantu projek berpotensi yang menghasilkan dampak positif kepada negeri selain mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar.

 


Pengarang :