AGENSISELANGOR

Kencing tikus, Taman Eko Rimba Sungai Tekala ditutup sementara lima hari

SHAH ALAM, 26 OGOS: Taman Eko Rimba Sungai Tekala di Semenyih ditutup sementara kepada pengunjung bermula hari ini berikutan dikesan positif Leptospirosis atau kencing tikus.

Arahan penutupan sehingga 30 Ogos ini dikeluarkan Pengarah Perhutanan Negeri Selangor Azhar Ahmad menerusi infografik yang dikongsi di Facebook Jabatan Perhutanan Selangor.

“Pemakluman penutupan sementara bagi Taman Eko Rimba Sungai Tekala kepada semua pengunjung bermula 26 hingga 30 Ogos 2024. Harap maklum,” katanya.

 


Pengarang :