Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Gelanggang Bola Keranjang Klang Utama, Klang pada 13 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Kota Anggerik, Dusun Tua antara lima lokasi jualan murah hari ini

SHAH ALAM, 25 OGOS: Orang ramai berpeluang mendapatkan pelbagai barangan asas pada harga murah di Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang diadakan di lima lokasi hari ini.

Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu bermula dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Ia menawarkan ayam serendah RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Jualan sama turut menawarkan ikan kembung pada harga RM6 satu pek, minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Lokasi JER pada hari ini adalah seperti berikut:

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :