Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Program Darul Ehsan Berselawat 3.0 sempena sambutan ambang tahun baharu di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam pada 31 Disember 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sempena Hari Merdeka, Selangor anjur program berselawat Sabtu ini

SHAH ALAM, 26 OGOS: Orang ramai dipelawa menghadiri Program Darul Ehsan Berselawat Jiwa Merdeka di Dataran Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

Majlis munajat, zikir dan berselawat bermula 7 malam sempena sambutan tahun baharu itu diserikan dengan pelbagai program keagamaan dari tokoh terkenal Islam.

“Insya-Allah sempena Hari Kebangsaan, Program Darul Ehsan Berselawat Jiwa Merdeka akan dilaksanakan pada 31 Ogos 2024 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

“Program ini akan menampilkan Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid dan Habib Ali Zainal Abidin Assegaf (Habib Bidin) dengan iringan Majlis Az-Zahir,” kongsi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Kerajaan Negeri kerap menganjurkan Majlis Darul Ehsan Berselawat termasuk ketika sambutan ambang tahun baharu yang menghimpunkan ribuan umat Islam.

Majlis Darul Ehsan Berselawat turut dianjurkan sempena program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada Februari lepas.


Pengarang :