BEIJING, 4 MEI: Filem keluaran Disney dan Marvel, “Avengers: Endgame” terus mengungguli carta pecah panggung harian di tanah besar China pada Jumaat, hari ketiga selepas cuti May Day.
Filem adi wira itu mengaut lebih 237.28 juta yuan (kira-kira US$35.26 juta), menurut Rangkaian Maklumat Data Filem China.
Filem Lubnan “Capernaum” berada di tempat kedua dengan meraih hampir 34.77 juta yuan (US$5.2 juta).
Di tempat ketiga ialah filem domestik yang memaparkan genre drama romantik Always Miss You selepas memungut kira-kira 14.68 juta yuan (US$2.2 juta) pada hari kedua tayangannya.
-BERNAMA