AGENDANASIONAL

Latihan sukan air dibenar mulai 25 Jun – Ismail Sabri

SHAH ALAM, 19 JUN: Latihan atlet sukan air dibenarkan mulai 25 Jun ini, kata menteri kanan (kluster keselamatan)

Datuk Seri Ismail Sabri berkata kebenaran diberi kepada atlet kebangsaan, negeri, perenang kelab dan akademi dalam program latihan tertentu termasuk peserta yang mengikuti latihan berperingkat seperti program belajar berenang.

“Atlet atau peserta dalam aktiviti sukan air perlu mengikut sesi ditetapkan dengan had jumlah tertentu mengikut kapasiti kolam renang,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata peserta diingatkan mematuhi semua tatacara operasi piawai (SOP) Kementerian Belia dan Sukan yang akan dibentangkan dalam masa terdekat.

“Peserta diingatkan mematuhi SOP sektor sukan air dan rekreasi seperti pendaftaran aplikasi MySejahtera, penjarakan sosial tiga hingga lima meter dan meninggalkan lokasi secepat mungkin sebaik tamat latihan.

“Operator kolam renang perlu mendaftar notifikasi pembukaan kolam renang dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) melalui laman sesawang notification.miti.gov.my,” katanya.


Pengarang :