Dato’ Menteri Besar, Dato’ Amirudin Shari dan Rodzial Ismail ketika majlis perasmian pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri Gombak Setia di Dewan Beringin, Sri Gombak pada 16 September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Selangor rancang polisi bantu penduduk peroleh pendapatan RM4,500 – RM6,000 sebulan

GOMBAK, 16 SEPTEMBER: Satu polisi dirangka dalam membantu pendapatan rakyat negeri ini mencecah antara RM4,500 hingga RM6,000 sebulan.

EXCO pembangunan usahawan berkata perangkaan itu melibatkan pelbagai langkah termasuk platform perniagaan selain menanam sikap berniaga dalam diri masyarakat.

“Perkara ini sudah diluluskan MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) dan sekarang kita dalam peringkat perhalusinya.

“Sasaran kita rakyat akan menerima pendapatan antara RM150 hingga RM200 sehari sekali gus membantu ekonomi mereka,” kata Rodziah Ismail ketika ditemui di Majlis Perasmian Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Wanita KEADILAN Selangor memberi jaminan meneruskan dasar meletakkan 30 peratus pemimpin wanita dalam pentadbiran negeri.

“Langkah ini dapat cungkil bakat baharu. Wanita kena aktif dan tersusun bagi memastikan peranan dimainkan baik kerana kita bukan pelengkap organisasi sebaliknya sebagai tonggak,” katanya.


Pengarang :