Logo pemenang pertama oleh Muhammad Ilmi Tajudin.
BERITA UTAMA

MB umum pemenang pertandingan Logo Belanjawan 2021

SHAH ALAM, 9 OKT: Dato’ Menteri Besar hari ini mengumumkan tiga pemenang utama pertandingan mencipta Logo Belanjawan Selangor 2021.

Tempat pertama dimenangi Muhammad Ilmi Tajudin, tempat kedua milik Husna Suraya Othman Ali manakala Rofaizal Rozemi memenangi tempat ketiga.

Logo pemenang kedua oleh Husna Suraya Othman Ali.

“Setelah meneliti hampir 500 penyertaan tiga finalis telah berjaya menghasilkan rekaan logo terbaik yang selari dengan objektif dan pencitraan Belanjawan Selangor 2021.

“Tahniah diucapkan kepada finalis yang telah dipilih oleh panel hakim pertandingan logo Belanjawan 2021,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Twitter.

Logo pemenang ketiga oleh Rofaizal Rozemi.

Tempat pertama bakal menerima komputer riba Macbook Pro 13”, tempat kedua Ipad Pro 12.9” manakala pemenang tempat ketiga menerima Ipad 10.2” (7 Gen).

Awal September lalu, Amirudin mengumumkan pertandingan mencari rekaan logo terbaik dalam kalangan pereka grafik tanah air bagi memupuk bakat anak muda khususnya di Selangor.

Pertandingan secara percuma dan terbuka untuk warganegara berusia 18 tahun ke atas itu bermula dari 3 hingga 25 September diadili tiga panel iaitu Adly Syairi Ramly, Bryan Chin dan Engku Iman.


Pengarang :