Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika merasmikan laluan pejalan kaki baharu di taman permainan USJ13/2 pada 25 April 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pakej bantuan rakyat disiar di SelangorTV petang ini

SHAH ALAM, 9 JUN: Pembentangan Pakej Kita Selangor 2.0 akan disiar secara langsung melalui saluran selangortv.my dan Youtube carian SelangorTV jam 2 petang ini.

Dato’ Menteri Besar dijadual membuat pengumuman yang bakal menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu segenap golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pakej bertemakan ‘Bersama Menuju Kejayaan’ itu juga boleh disaksikan secara langsung melalui Facebook dan Twitter Dato’ Seri Amirudin Shari serta Facebook Media Selangor.

Pengumuman sedemikian bukan kali pertama sebaliknya beberapa pakej bantuan untuk rakyat telah pun diperkenal sejak wabak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu.

Pada Mac tahun lepas, ketika PKP 1.0 dikuat kuasa, Kerajaan Selangor mengumumkan pakej rangsangan ekonomi Selangor Prihatin bernilai RM127.78 juta.

Kerajaan Negeri sekali lagi mengumumkan pakej fasa kedua pada 1 April tahun sama bernilai RM272 juta untuk menangani dampak wabak.

Pelan pemulihan ekonomi negeri sebanyak RM55.8 bilion nilai ekonomi dibentang pada 13 Julai diikuti Pakej Kita Selangor berjumlah 73.8 juta pada 20 Januari pada tahun ini.

Poster dari Facebook Amirudin Shari

Pengarang :