Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Dato’ Seri Amirudin Shari diumum sebagai calon kerusi Parlimen Gombak di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Taman Kosas, Ampang pada 28 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amirudin diumum bertanding Gombak, Aminuddin pertahan kerusi Anwar

SHAH ALAM, 28 OKT: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari diumum sebagai calon kerusi Parlimen Gombak yang sebelum ini dimenangi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Aminuddin Harun pula diumum calon Port Dickson bagi mempertahan kerusi yang disandang Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas timbalan perdana menteri itu diumum bertanding di Tambun, Perak. Sementara penyandang kerusi Hang Tuah Jaya, Melaka Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin turut berpindah ke negeri itu untuk berdepan Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi di Bagan Datuk dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Amirudin dijangka bertembung dengan penyandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meninggalkan KEADILAN hingga mengakibatkan kerajaan gabungan tersebut tumbang pada Februari 2020.

Turut bertanding di Selangor ialah EXCO negeri Rodziah Ismail bagi mempertahan kerusi Ampang, manakala Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli kembali bertanding di Pandan.

Wiliam Leong, Wong Chen dan Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid pula masing-masing mempertahan kerusi Selayang, Subang dan Kapar.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Saipolyazan Mat Yusop bertanding di Sungai Besar.

Calon lain ialah Manivanan Gowin (Kuala Langat), Dr Sathia Prakash Nadarajan (Hulu Selangor), Ramanan Ramakrisnan (Sungai Buloh) dan Lee Chean Chung (Petaling Jaya).

Selain Aminuddin, turut bertanding di Negeri Sembilan ialah pemimpin belia Jufitri Joha di Rembau dan Noor Azman Mohamad (Kuala Pilah).

Buat pertama kali, semua calon parti itu bertanding menggunakan lambang Pakatan Harapan, berbeza daripada 2018 sewaktu gabungan tersebut belum diluluskan.


Pengarang :