Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah ketika program Jelajah Ehsan Rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, Klang pada 14 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jelajah PKPS diteruskan esok, peluang penduduk peroleh barangan murah

SHAH ALAM, 1 NOV: Orang ramai boleh mendapatkan barang keperluan asas di bawah harga pasaran dalam Jelajah Ehsan Rakyat di sembilan lagi lokasi esok.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) meneruskan program jualan murah bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari dengan ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Tidak ketinggalan ikan kembung atau selayang dengan RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10) yang dijual perbadanan menggunakan lori.

Sembilan lokasi terlibat ialah sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang, Kuang, Sungai Tua, Rawang, Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Pandan Indah, Gombak Setia dan Sungai Kandis.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk program tersebut di seluruh 56 DUN mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.

Inisiatif itu bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan https://linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :