Lebuhraya Shah Alam (Kesas). Foto Facebook KESAS
SELANGOR

Empat lorong Plaza Tol Kemuning arah KL dilencongkan sementara hingga 13 Feb

KUALA LUMPUR, 3 FEB: Lencongan sementara akan dilakukan di Lebuh Raya Shah Alam (LSA) melibatkan sebahagian laluan menghala ke lorong E16, E17, E18 dan E19 Plaza Tol Kemuning arah ke Kuala Lumpur bermula hari ini hingga 13 Feb dari 11 malam hingga 5 pagi.

KESAS Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini bagaimanapun memaklumkan semua lorong tol tersebut dibuka dan beroperasi seperti biasa.

“Lencongan sementara ini adalah bertujuan untuk pelaksanaan kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan konkrit bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, jadual lencongan sementara bagi lorong E18 dan E19 ialah pada hari ini hingga 6 Feb bermula dari 11 malam hingga 5 pagi manakala lorong E16 dan E17 pada 10 hingga 13 Feb dari 11 malam hingga 5 pagi.

Justeru, pengguna LSA dinasihat agar memandu dengan berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-56337188, layari laman sesawang di www.kesas.com.my atau media sosial rasmi KESAS di Facebook dan Twitter.

– BERNAMA


Pengarang :