Foto Facebook Persatuan Bolasepak Selangor
AGENDASUKANKINI

Liga Super Wanita FAS: NSW FC atasi Shah Alam United 2-0

SHAH ALAM, 9 FEB: Pasukan bola sepak Negeri Sembilan Women’s FC (NSW FC) menewaskan Shah Alam United 2-0 dalam saingan kumpulan A Liga Super Wanita FAS di Radia Arena Bukit Jelutong, malam tadi.

Dalam saingan kumpulan B, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas SSS Leopard FC.

Liga Super Wanita FAS dijadual berlangsung dalam tempoh dua bulan bermula 8 Februari depan menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 untuk juara manakala naib juara pula RM5,000.

Untuk edisi 2023 ini menyaksikan 12 pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan bakal berentap merebut gelaran juara.

Kumpulan A terdiri daripada FC Spicegals, MBSJ FC, NSW FC, Shah Alam United, PJKITA FC dan FC SWAT manakala kumpulan B pula Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) FC, UiTM Lioness, SSS Leopard FC, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sternen FC dan Kelana United.

Edisi sebelum in menyaksikan NSW FC melakar sejarah apabila menjuarai edisi sulung Liga Super Wanita FAS pada Januari tahun lalu yang disertai 10 pasukan.


Pengarang :