Orang ramai mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 11 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

100 penerbit, penulis sertai Pesta Buku Kanak-kanak Selangor bulan depan

SHAH ALAM, 21 JUN: Seramai 100 pempamer dijangka menyertai Pesta Buku Kanak-kanak Selangor anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) hujung bulan depan.

Ketua Bahagian Korporat PPAS Zafrullah Aris berkata pempamer terdiri penerbit dan penulis buku genre kanak-kanak yang menghasilkan karya untuk peringkat umur bawah 18 tahun.

“Kebanyakan mereka aktif dalam festival buku seperti Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Dari situ kita melihat keperluan menganjurkan pesta ini. Dalam masa sama kita dapati ramai pengunjung di festival buku merupakan golongan kanak-kanak,” katanya kepada Selangorkini.

Zafrullah yakin pesta berlangsung dari 27 hingga 31 Julai di Kompleks PKNS Shah Alam di sini mendapat sambutan ramai dan bakal menjadi acara tahunan.

Pada 30 Mei Dato’ Menteri Besar memaklumkan penganjuran julung kali Pesta Buku Kanak-kanak bagi menggalakkan budaya membaca selain pengembangan industri.

Selangor juga sejak 16 tahun lalu turut mengadakan Pesta Buku Selangor yang dijenamakan sebagai SIBF mulai tahun lepas susulan penyertaan negara jiran.


Pengarang :