Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat reruai Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) selepas menyampaikan hadiah program tokoh nilam peringkat daerah Petaling Perdana pada 7 Disember 2022.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor julung kali anjur pesta buku kanak-kanak Julai depan

KUALA LUMPUR, 31 MEI: Pesta buku kanak-kanak julung kali diadakan di negeri ini selama empat hari bermula 27 Julai depan di Kompleks PKNS Shah Alam, Shah Alam.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata karnival sehingga 30 Julai itu hanya melibatkan penyertaan penulis, penerbit dan penjual buku tempatan.

“Selangor sedang membina fokus untuk industri ini. Bukan hanya melibatkan (festival) buku ilmiah, fizik dan agama sebaliknya untuk kanak-kanak juga,” katanya.

Beliau bercakap ketika program borak santai anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 di sini semalam.

Kanak-kanak teruja memilih komik yang dijual ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 30 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Sejak 16 tahun lalu, Kerajaan Negeri mengadakan Pesta Buku Selangor dan dijenamakan sebagai Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) mulai tahun lepas susulan penyertaan negara jiran.

Berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam pada 1 Disember lalu, karnival melibatkan 225 pempamer tempatan dan antarabangsa antaranya United Kingdom, Turki, Macedonia Utara, Korea Selatan dan Mesir.

Selepas 11 hari penganjuran, SIBF merekodkan kehadiran lebih 200,000 pengunjung dengan jumlah nilai jualan keseluruhan melebihi RM5 juta.


Pengarang :