Peserta bergambar bersama selepas menerima sijil penyertaan ketika majlis penutup Strategi Super TikTok 2023 di Hotel TH, Petaling Jaya pada 29 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Bantu usahawan terjejas, Hijrah tawar pelan pemulihan pembiayaan

SHAH ALAM, 5 MAC: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) menawarkan pelan pemulihan pembiayaan kepada peminjam yang berdepan masalah kewangan.

Agensi itu memaklumkan usahawan terlibat boleh memohon untuk menyusun semula ansuran bulanan pinjaman di cawangan pejabat Hijrah berhampiran.

“Kami bersedia membantu anda dengan tawaran pelan pemulihan pembiayaan bagi menyusun semula jadual pembayaran balik anda.

“Hubungi pegawai kutipan di 18 Cawangan HIJRAH Selangor untuk maklumat lanjut,” maklumnya di Facebook.

Agensi itu memaklumkan usahawan boleh menyemak baki pembiayaan secara dalam talian menerusi http://mikrokredit.selangor.gov.my/.

“Sila rujuk pegawai kutipan di cawangan untuk sebarang bantuan. Tekan pautan https://www.hijrahselangor.com/risalah-skim-hijrah…/untuk memuat turun risalah pembiayaan Hijrah Selangor disini sebagai ruju

“Bayaran balik ansuran pembiayaan anda amat membantu usahawan lain dalam mendapatkan modal pusingan perniagaan mereka,” katanya.

Sejak penubuhan pada 2015, agensi tersebut menyediakan bantuan modal kepada mereka yang mahu berniaga secara kecil-kecilan atau mengembangkan perniagaan.

Pembiayaan yang ditawarkan Hijrah ialah skim i-Bisnes, skim i-Bermusim, skim Niaga Darul Ehsan (NaDI), skim Go Digital dan skim Zero To Hero.

Pada 11 Januari, Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Dato’ Mearia Hamzah berkata agensi itu menumpukan usaha lebih serius bagi menuntut tunggakan pinjaman berjumlah lebih RM100 juta sejak 2015.

Beliau berkata pinjaman membabitkan 16,000 akaun itu perlu dituntut bagi memudahkan pusingan modal kepada peminjam baharu.


Pengarang :