Orang ramai tidak melepaskan peluang hadir untuk membeli barang keperluan pada Program Jualan Ehsan Rahmah DUN Seri Setia di Tapak Parkir Dewan D’Kelana, SS7/15, Kelana Jaya pada 07 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Taman Medan, Sementa antara empat lokasi Jualan Ehsan Rahmah hari ini

SHAH ALAM, 1 OGOS: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan dapur murah menerusi program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di empat lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi, jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di pekarangan Surau Al-Husna, Taman Medan Baru (Taman Medan) dan tapak pasar malam Jalan Kluang, Kampung Sungai Pinang (Kapar).

Jualan sama turut berlangsung di tapak pasar malam @ Ukay Perdana (Bukit Antarabangsa) dan Dewan Serbaguna Kampung Sungai Serdang (Sementa).

Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :