AGENDANASIONAL

Mohd Zuki dilantik pengerusi KWSP baharu

SHAH ALAM, 26 OGOS: Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali sebagai pengerusi baharu, berkuat kuasa 1 September 2024.

Mohd Zuki, bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke-15 menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang telah memegang jawatan tersebut sejak 1 Mei 2020.

“Lembaga KWSP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Ahmad Badri di atas kepimpinan dan sumbangan besar beliau yang telah meletakkan KWSP pada tahap kecemerlangan yang berterusan.

“Pada masa yang sama, Lembaga KWSP mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Mohd Zuki, yang berpengalaman luas dalam sektor kerajaan dan mempunyai hala tuju strategik untuk terus memacu KWSP ke tahap yang lebih tinggi,” kata pengurus dana persaraan pekerja swasta dalam kenyataan, hari ini.

KWSP berkata pihaknya terus memainkan peranan penting dalam menjamin kesejahteraan kewangan dan simpanan persaraan ahli khususnya dalam membantu membina masa depan yang lebih baik.


Pengarang :