Pengunjung memilih baju raya di Kompleks PKNS, Shah Alam sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan pada 18 Mei 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pelanggan kini boleh acu pakaian, kasut di kedai

SHAH ALAM, 26 JUN: Pelanggan kini dibenarkan mengacu pakaian dan kasut untuk mendapatkan saiz bersesuaian di kedai, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) susulan tiada kes Covid-19 di mana-mana premis niaga.

“Kita mendengar permohonan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan setelah mendapat nasihat KKM, maka kita setuju untuk benarkan.

“Jadi, sudah boleh mencuba baju baharu yang ingin dibeli di bilik persalinan. Bagaimanapun, bagi kasut, kita galakkan pelanggan menggunakan stoking sendiri,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Bermula 4 Mei lalu, kerajaan membuka semula hampir semua aktiviti ekonomi dengan tatacara operasi piawai (SOP) ketat bagi mencegah jangkitan Covid-19.


Pengarang :