SHAH ALAM, 30 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor sehingga jam 6 petang ini.
Amaran sama turut membabitkan Jelebu, Negeri Sembilan; Segamat, Kluang dan Mersing di Johor; Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong di Pahang; Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak; Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang serta Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya di Facebook.