ADN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berucap ketika majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Bersama Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah Dan Persatuan Veteran ATM Cawangan Kuala Selangor di Hotel De Palma Kuala Selangor pada 27 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Wakil rakyat Bukit Melawati rai anak yatim, pesara tentera

KUALA SELANGOR, 27 APRIL: Wakil rakyat Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli meraikan anak yatim dan pesara tentera pada majlis berbuka puasa hari ini.

Beliau memberi sumbangan duit raya kepada 55 penghuni Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah selain RM10,000 kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) cawangan Kuala Selangor.

“Diharap dengan adanya sumbangan duit raya ini dapat berkongsi rezeki dan memberi kegembiraan kepada anak-anak penghuni rumah ini.

“Malah, kita turut meraikan Persatuan Veteran ATM kerana mereka banyak membantu dan memberi kerjasama dalam mengagihkan bakul makanan kepada ahlinya yang terlantar dan kurang upaya,” katanya.

Juwairiya berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri di Hotel De Palma Kuala Selangor.

ADN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli menyampaikan cek cura sumbangan hasil jualan pin kepada Persatuan Veteran ATM Cawangan Kuala Selangor ketika majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri di Hotel De Palma Kuala Selangor pada 27 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Katanya, beliau bersyukur dapat meraikan penghuni rumah anak yatim terbabit kerana tidak dapat menyantuni mereka tahun lalu akibat pandemik Covid-19.

Tambah Juwairiya, sumbangan kepada veteran ATM merupakan hasil penjualan pin kebangsaan 2020 selain menyerahkan sumbangan RM1,000 kepada wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg Assam Jawa.


Pengarang :