Juara pertandingan 16 Project menerima hadiah pada pertandingan pemuzik jalanan (busking) anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sempena kempen Jalur Gemilang pada 20 Ogos 2022. Foto MPAJ
PBTSELANGOR

Sembilan pasukan berentap rebut gelaran juara pemuzik jalanan MPAJ

SHAH ALAM, 21 OGOS: Sebanyak sembilan pasukan menyertai pertandingan pemuzik jalanan (busking) anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sempena kempen Jalur Gemilang semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu di Facebook berkata peserta tidak dikenakan bayaran yuran penyertaan sebanyak RM30 seperti yang ditetapkan pada peringkat awal.

Juara dimenangi oleh pasukan 16 Project diikuti B’zy Buskers di tempat kedua selain mendapat hadiah persembahan terbaik serta Rouie Friends di tempat ketiga.

MPAJ sebelum ini menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM1,000 kepada juara pertandingan hiburan jalanan selain menerima trofi.

Program yang diadakan di Lorong Ampang Mampan (SDGs), Jalan Mamanda 1, Ampang turut menyediakan hadiah sagu hati RM200 kepada pemenang tempat keempat hingga ke-10.


Pengarang :