AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Semak syarat nikmati air percuma 20 meter padu sebulan

SHAH ALAM, 21 OGOS: Orang awam diminta menyemak syarat permohonan Skim Air Darul Ehsan  bagi melayakkan mereka menikmati air percuma 20 meter padu.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan syarat utama pemohonan mestilah warganegera yang tinggal di negeri ini selain berpendapatan isi rumah kurang RM4,000 sebulan.

Agensi berkata pemohon juga perlu menggunakan meter air jenis individu di premis kediaman.

“Semak syarat-syarat permohonan program Skim Air Darul Ehsan untuk mengetahui jika anda layak untuk menerima air percuma. Ringankan perbelanjaan bulanan anda melalui program ini,” ciap agensi di Twitter.

Sebelum ini Air Selangor memberitahu pendaftaran skim boleh dibuat sehingga 31 Disember 2024.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pautan https://www.airselangor.com/residen…/skim-air-darul-ehsan/


Pengarang :