Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan pendeposit dan orang ramai untuk lebih berwaspada dan tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan (gambar hiasan). Foto Arkib SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

TH gantung lesen pengelola, lindungi kebajikan bakal jemaah haji

KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Lembaga Tabung Haji (TH) telah menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz Travel & Tours Sdn Bhd sebagai langkah awal untuk melindungi kebajikan bakal jemaah haji.

TH dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan syarikat tersebut.

“Bakal haji yang memilih untuk mengerjakan haji melalui pakej swasta masih boleh memilih antara 22 lagi syarikat PJH yang dilesenkan, termasuklah anak syarikat TH iaitu TH Travel & Services Sdn Bhd,” menurut kenyataan itu.

Menurut TH, institusi itu sentiasa memantau prestasi syarikat PJH yang dilesenkan termasuk perkhidmatan yang diberikan bagi ibadah umrah.

Menurut kenyataan itu TH tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak demi menjamin kebajikan jemaah haji negara.

– BERNAMA


Pengarang :