Pengunjung tidak melepaskan peluang menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) sempena musim cuti sekolah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 28 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Buku terjemahan riwayat Rasulullah, al-Ghazali antara terlaris di pesta buku KL

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Buku Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal menjadi buku paling laris di reruai Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) sejak hari pertama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Perdagangan Dunia (WTC) di sini.

Pengurus Jualan dan Pemasaran IBDE Ainunl Muaiyanah Muhammad Sulaiman berkata turut mendapat sambutan menggalakkan ialah naskhah Imam al Ghazali: Hayat dan Jasa Ilmuwan Ulung serta Muslihat Mahathir: Mengharung Zaman Gelora.

Buku Muhammad masih mengungguli dan mendapat permintaan setiap hari. Namun buku Imam al Ghazali dan Muslihat Mahathir juga tidak kurang popularnya.

“Sasaran jualan kita sama seperti tahun lalu dan setakat ini semua naskhah kita berjaya meraih perhatian pengunjung,” katanya kepada Selangorkini.

Suasana sekitar dengan kehadiran orang ramai sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 28 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Kisah hidup Imam al-Ghazali dikarang profesor terkenal W. Montgomery Watt, manakala perjalanan politik Dr Mahathir dihasilkan bekas editor berpengalaman Barry Wain.

Terjemahan kedua-dua naskhah itu diterbitkan dengan kerjasama Media Selangor.

Sementara itu, buku biografi Rasulullah SAW tulisan Martin Lings atau nama Islamnya Abu Bakar Sirajuddin yang diterbit pada 2021 dihasilkan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Pengunjung tidak melepaskan peluang menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) sempena musim cuti sekolah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 28 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Ainunl berkata IBDE turut melaksanakan tinjauan melalui kertas undi yang disediakan kepada pengunjung sepanjang penganjuran PBAKL.

Jelasnya, setakat ini kebanyakan peminat buku mengunjungi reruai IBDE di Dewan Tun Razak 4 kerana meminati bahan bacaan bersifat keagamaan dan sejarah.

“Berdasarkan tinjauan itu nanti, kami akan melaksanakan penambahbaikan untuk setiap karya terjemahan pada masa akan datang,” katanya.

PBAKL 2023 yang memasuki tahun ke-40 penganjurannya bermula Jumaat lalu sehingga 4 Jun dan dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

IBDE. menawarkan lebih 20,000 buku kepada pengunjung. Jumlah itu membabitkan 70 judul buku termasuk beberapa karya daripada penerbitan lain.

Suasana sekitar dengan kehadiran orang ramai sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 28 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :