Pelajar teknologi automotif Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) memeriksa bahagian dalam kenderaan yang rosak akibat banjir besar pada Disember 2021
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

STDC tandatangani MoU bersama syarikat antarabangsa, teroka kemahiran buat kereta

SHAH ALAM, 8 MEI: Kerajaan Selangor menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama syarikat antarabangsa Dassault Systemes di Boston, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Dato’ Menteri Besar berkata MoU menerusi Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) itu memberi peluang Kerajaan Negeri meneroka kemahiran syarikat terbabit dalam sektor pembuatan, khususnya kereta.

“Banyak boleh diteroka melalui kerjasama ini dan dapat melengkapkan persediaan tenaga kerja yang mencukupi dan baik.

“Insya-Allah kita akan mengemukakan satu pelan latihan yang boleh disertai rakyat Malaysia khususnya warga selangor,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi video pendek dimuat naik di Facebook.

Awal bulan ini Amirudin mengetuai delegasi 11 syarikat pemula niaga teknologi di Malaysia menyertai sidang kemuncak pelaburan dan beberapa sesi pembentangan idea di AS.

Amirudin bersama EXCO Perdagangan Dato’ Teng Chang Khim juga akan menyertai mesyuarat meja bulat pelaburan anjuran Jabatan Perdagangan AS dan pejabat Gabenor California.


Pengarang :