Pemain Selangor FC Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi diasak pemain Terengganu FC pada perlawanan Liga Super 2023 di Stadium MBPJ Petaling Jaya pada 18 April 2023. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Pemain Selangor FC diminta jangan lalai, terus tumpu buru kemenangan

SHAH ALAM, 8 MEI: Prestasi dan corak permainan ditunjukan pemain Selangor FC dalam kejohanan Liga Super musim ini dilihat lebih berkualiti berbanding musim lalu, kata ketua pegawai eksekutifnya.

Bagaimanapun, Dr Johan Kamal mengingatkan pemain supaya tidak lalai dan terus berusaha memburu kejayaan hingga mampu mencapai kedudukan tertinggi berikutan perjalanan liga masih panjang.

“Buat masa ini kita nampak ada peningkatan. Kita gembira berbanding musim lalu, namun perlu terus baiki kelemahan dan tingkatkan prestasi supaya dapat habiskan musim ini dengan cemerlang.

“Pemain perlu komited supaya kutipan mata tidak jatuh seperti lawan Sabah (tewas 2-1). Teruskan momentum kemenangan untuk perlawanan akan datang,” katanya pada majlis rumah terbuka hari ini.

Berhubung jendela perpindahan kedua yang dibuka Julai nanti, Johan berkata beberapa pemain baharu mungkin dibawa masuk bagi menguatkan lagi taring pasukan kendaliannya.

“Sekarang kita fokus pemain yang ada sebab berbaki beberapa perlawanan lagi. Tiba masa kita akan pertimbangkan bawa masuk lagi pemain. Sekarang kita nilai pemain yang ada,” katanya.


Pengarang :