Penyokong Kerajaan Perpaduan yang berarak mengiringi Sock Tao ke pusat penamaan calon pada 27 April
BERITA UTAMAPERSONALITIRENCANA

Kempen Calon Kerajaan Perpaduan harmoni, disenangi rakyat

Kerajaan Perpaduan meletak calon muda lagi bertenaga Pang Sock Tao bagi mengekal kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei.

Berusia 31 tahun, beliau berupaya memberi khidmat terbaik kepada segenap lapisan masyarakat, sekali gus meneruskan prestasi kerja mendiang Lee Kee Hiong yang meninggal dunia pada 21 Mac.

Lulusan Universiti Tenaga Nasional itu yang berasal dari keluarga orang kebanyakan juga pernah bekerja bersama pasukan mendiang, seterusnya membantunya memahami isu setempat.

Sock Tao juga pernah bertugas di Kementerian Tenaga, Teknologi Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Dibantu jentera Kerajaan Perpaduan dan rekod cemerlang pentadbiran negeri, Sock Tao yang berdepan saingan empat penjuru dijangka berupaya mempertahan kerusi yang dimenangi Pakatan Harapan (HARAPAN) sejak 2013.

Jurufoto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN, FIKRI YUSOF, HAFIZ OTHMAN dan REMY ARIFIN merakam sebahagian kempen Sock Tao setakat 30 April.

Keterangan gambar oleh HAFIZAN TAIB.

 

Calon HARAPAN Sock Tao menyerahkan risalah di pasar pagi Batang Kali pada 28 April. Foto Facebook Xiao Tao

 

Dato’ Menteri Besar bersama Sock Tao ketika Sambutan Raya Anak Muda di Bandar Baru Batang Kali pada malam 30 April

 

Sock Tao (tengah) diapit pemimpin HARAPAN termasuk Amirudin ketika pengumuman calon di Taman Gamelan pada 24 April

 

Sock Tao bersama pencadang dan penyokongnya di pusat penamaan calon di Kuala Kubu Bharu pada 27 April

 

Seorang peniaga di pasar pagi Batang Kali menunjukkan risalah profil Sock Tao pada hari kedua berkempen 28 April. Foto Facebook Xiao Tao

 

Dalam sesi bertemu orang ramai, Sock Tao mengedarkan risalah profil kepada peniaga di pasar malam Pekan Kuala Kubu Bharu pada 29 April

 

Sock Tao memperkenalkan diri ketika berkempen di Bandar Utama Batang Kali pada 27 April

 

Sock Tao bersama pemimpin HARAPAN Teo Nie Ching beramah mesra dengan orang ramai di Pekan Kuala Kubu Bharu pada 30 April

 

Sock Tao bertegur sapa dengan pengunjung kedai makan di sekitar pasar awam Pekan Kuala Kubu Bharu pada 30 April

 

Sock Tao menggoreng ketika sesi beramah mesra bersama penduduk Orang Asli di Kampung Tun Abdul Razak pada 29 April

 

Sock Tao berucap ketika sesi beramah mesra bersama penduduk Orang Asli di Kampung Tun Abdul Razak pada 29 April

 

Sock Tao disambut mesra sekumpulan remaja Orang Asli di Kampung Tun Abdul Razak pada 29 April

 

Diapit pencadang dan penyokongnya, Sock Tao menyerahkan borang di pusat penamaan calon pada 27 April

 

Diiring pemimpin Harapan Anfaal Saari (kanan), Sock Tao melambai kepada orang ramai dan penyokong dalam perjalanan ke pusat penamaan calon pada 27 April

Pengarang :