Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd mengajak orang ramai berkongsi rezeki menerusi sumbangan bakul makanan kepada golongan memerlukan. Foto Facebook Air Selangor
AGENSISELANGOR

Kongsi rezeki menerusi sumbangan bakul makanan serendah RM30

SHAH ALAM, 17 OGOS: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengajak orang ramai berkongsi rezeki menerusi inisiatif ‘Box of Hope’ iaitu sumbangan bakul makanan kepada golongan memerlukan.

Air Selangor memaklumkan pakej barangan makanan asas itu bermula serendah RM30 atau secara tunai.

“Semarakkan semangat perpaduan kita sempena bulan kemerdekaan ini dengan berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan.

“Sumbangan boleh dilakukan dengan mudah, lawati https://www.airselangor.com/boxofhope/ untuk maklumat lanjut,” katanya di Facebook.

Menurut agensi itu inisiatif berkenaan membantu golongan kurang berkemampuan terutama di Selangor membekalkan barang makanan asas termasuk beras, tepung, makanan dalam tin dan minyak masak.

“Ia adalah sebahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Air Selangor selari tema Sesama Mara,” katanya.

Berdasarkan maklumat di laman sesawang agensi itu sebanyak 2,055 bakul makanan sudah diedar kepada golongan kurang berkemampuan sejak 2021.


Pengarang :