AGENSISELANGOR

Selangor FC-AGYM Nutrition anjur klinik asas bola sepak percuma Ahad ini

SHAH ALAM, 26 JAN: Kanak-kanak berusia enam hingga 17 tahun dipelawa menyertai klinik asas bola sepak anjuran Selangor FC dengan kerjasama syarikat pemakanan sihat AGYM Nutrition, Ahad ini.

Pengurus Pembangunan Perniagaan AGYM Nutrition Harith Heizry berkata program yang ditawarkan secara percuma itu berlangsung di Padang Bola Serene Heights, Semenyih jam 7.45 pagi.

“Menariknya, peserta berpeluang bertemu dengan bintang muda Selangor FC iaitu Faiz Amer, Haiqal Haqeemi, Muhammad, Haykal Danish dan Aiman Hakimi selain dapat melihat sendiri demonstrasi daripada pemain tersebut.

“Kita mengalu-alukan penyertaan semua pihak dalam usaha mencari pelapis bakat baharu selain memberi peluang kepada pemain cilik beraksi dalam sukan bola sepak Ahad ini,” katanya ketika dihubungi.

Harith berkata peserta yang berbakat bakal diambil menyertai pasukan Sutera Tigers Football Club Semenyih.

Penyertaan masih dibuka dan individu berminat boleh daftar menerusi pautan forms.gle/27QMwwyeoToQtagh9 atau hubungi 012-696 5478 (Adib), 019-252 0238 (Ipin) atau 013-618 5750 (Ana).


Pengarang :