Pemandangan Bandar Raya Shah Alam yang dilanda jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 145 iaitu tahap tidak sihat ketika dirakam pada 11 September 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Klang, Banting catat udara tidak sihat takat 9 pagi

SHAH ALAM, 10 APRIL: Klang dan Banting mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini.

Laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan Banting mencatatkan bacaan IPU 163, manakala Klang 139.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Ketua Pengarah JAS Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar dalam kenyataan semalam memaklumkan Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) di Singapura mengesan titik panas di dalam dan luar negara.

Menurutnya, kawasan itu melibatkan dua titik panas di Sumatera, lapan titik panas di Kalimantan dan 12 titik panas dikesan di dalam negara, iaitu 11 di Pahang dan satu di Terengganu.

Sehubungan itu, JAS mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan bagi menyelaras tindakan agensi kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka serta situasi jerebu negara.


Pengarang :