Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika ceramah Jelajah Madani peringkat DUN Lembah Jaya di Kampung Tasik Tambahan, Ampang Jaya pada 3 Ogos 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/ SELANGORKINI
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Amirudin kekal teraju KEADILAN Selangor, dibantu Borhan

SHAH ALAM, 26 MEI: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Dato’ Seri Amirudin Shari kekal sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor dibantu Ketua Cabang Sepang Borhan Aman Shah yang turut dikekalkan sebagai timbalan pengerusi.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan KEADILAN Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan hari ini susulan keputusan penyusunan semula pimpinan negeri yang dicapai menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN.

Berikut senarai penuh penyusunan semula pimpinan negeri:

Sarawak
Pengerusi: Roland Engan (Ketua Cabang Baram)
Timbalan Pengerusi: Ahmad Nazib Bin Johari (Ketua Cabang Santubong)

Sabah
Pengerusi: YB Datuk Mustapha @ Mohd Yunus Bin Sakmud (Ketua Cabang Kota Belud, Ahli Parlimen
Sepanggar, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi)
Timbalan Pengerusi: YB Peto Galim (Ketua Cabang Sepanggar, ADUN Inanam)

Pahang
Pengerusi: YB Fuziah Binti Salleh (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,
anggota Cabang Kuantan)
Timbalan Pengerusi: Rizal Bin Jamin (Ketua Cabang Lipis)

Johor
Pengerusi: YB Syed Ibrahim Bin Syed Noh (Ketua Cabang dan Ahli Parlimen Ledang)
Timbalan Pengerusi: Md Ysahrudin Bin Kusni (Ketua Cabang Bakri)

Terengganu
Pengerusi: Ahmad Nazri Bin Mohd Yusof (Ketua Cabang Kemaman)
Timbalan Pengerusi: Dato Dr. Mohasdjone @ Mohd Johari Bin Mohd (Anggota Cabang Besut)

Kelantan
Pengerusi: Dato Seri Mohamad Suparadi Bin Md Noor (Ketua Cabang Tanah Merah)
Timbalan Pengerusi: Dr. Shamsudin Bin Ghani (Ketua Cabang Pasir Puteh)

Wilayah Persekutuan
Pengerusi: Azman Bin Abidin (Ketua Cabang Bandar Tun Razak, Setiausaha Politik Perdana Menteri)
Timb Pengerusi: Jayakumar A/L R Muniandy (Ketua Cabang Kepong)

Selangor
Pengerusi: Dato’ Seri Amirudin Bin Shari (Ketua Cabang Gombak, Menteri Besar Selangor) – kekal
Timbalan Pengerusi: YB Borhan Aman Shah (Ketua Cabang Sepang, Exco Perumahan dan
Kebudayaan) – kekal

Negeri Sembilan
Pengerusi: Datuk Seri Utama Aminudin Bin Harun (Ketua Cabang Port Dickson, Menteri Besar
Negeri Sembilan) – kekal
Timbalan Pengerusi: Muhammad Nazri Kassim (Ketua Cabang Seremban) – kekal

MPP juga mengumumkan pelantikan Ahli-Ahli MPP seperti berikut:

  • Dato’ Sangkar Rasam
  • Azan Ismail
  • Dato Dr Roslan Hussin (Pengarah Latihan)

Menerusi kenyataan sama, Fahmi memaklumkan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyeru anggota serta penyokong KEADILAN menggembleng tenaga dan idea untuk terus memacu agenda Kerajaan Madani.

“MPP juga telah membincangkan tahap kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap tidak lama lagi,” katanya.

Fahmi menambah, mesyuarat turut membincangkan isu kemanusiaan dan peperangan di Gaza, serta ketegasan pendirian Perdana Menteri dan parti untuk usaha perdamaian yang kini diberi perhatian penuh oleh masyarakat antarabangsa.


Pengarang :