Bekas Mufti Besar Mesir, Syeikh Dr Ali Jum’ah menyampaikan syarahan Cabaran terhadap tradisi turath dalam abad ke-21 ketika program Munaqasyah Ilmiah sempena Festival Turath Islami Selangor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada 24 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Bekas mufti besar Mesir kupas Hadis 40 di festival turath hari ini

SHAH ALAM, 26 MEI:  Festival Turath Islami Selangor bermula hari ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini yang bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari

Dimulakan dengan kupasan kitab Hadis 40 oleh bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Jum’ah hingga hingga 2 Jun, majlis turut menampilkan Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid untuk memberi ulasan.

Orang ramai boleh menyaksikan majlis perasmian secara langsung menerusi Facebook dan Youtube Media Selangor.

Selain Pameran Al-Wahyu, forum bertajuk Tradisi Keilmuan Islam Alam Melayu akan menampilkan ahli panel Ustaz Muhamad Abdullah, Dr Ros Mahwati Ahmad Zakaria dan Ustaz Mohamad Aizuddin Abdul Aziz.

Bertema Mendalami Khazanah Kitab Islam, maklumat program, lokasi serta pendaftaran boleh dibuat menerusi http://www.turathislamselangor.com atau Facebook Festival Turath Islami Selangor.

Festival yang menampilkan ulama dan cendekiawan Islam pelusuk dunia, mengupas karya agung Imam Nawawi dengan lebih mendalam membabitkan ulama tradisional serta ahli akademik.


Pengarang :