Orang ramai berbelanja pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) di pasar raya Segi Fresh Teluk Panglima Garang pada 30 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jualan murah di sembilan cawangan Segi Fresh hujung minggu ini

SHAH ALAM, 23 MEI: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah di sembilan cawangan pasar raya Segi Fresh hujung minggu ini.

Segi Fresh menerusi Facebook memaklumkan program dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan KPDN Selangor itu diadakan di cawangan Assam Jawa, Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu dan Dengkil pada Sabtu.

Manakala pada Ahad, jualan murah itu diadakan di Ampang, Kuala Selangor, Batang Kali, Pandamaran dan Pulau Indah.

Julai tahun lalu, PKPS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Segi Fresh bertujuan memperluas capaian jualan murah anjuran Kerajaan Negeri mulai 1 Ogos.


Pengarang :