Penjawat awam mendengar ucapan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena majlis Mahabbah Ramadan Madani bersama penjawat awam di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS, Shah Alam pada 22 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kenaikan gaji diumum PM bukti Kerajaan Perpaduan hargai penjawat awam

SHAH ALAM, 1 MEI : Kenaikan gaji diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bukti kerajaan menghargai penjawat awam.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berharap pengumuman itu menyuntik semangat kepada semua penjawat awam untuk bekerja lebih keras.

“Pengumuman perdana menteri berkenaan kenaikan gaji lebih 13 peratus kepada penjawat awam bermula Disember merupakan yang tertinggi dalam sejarah.

“Ini sekali gus membuktikan komitmen kerajaan Madani dalam menghargai jasa khidmat bakti penjawat awam. Semoga menjadi motivasi untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi,” katanya menerusi Facebook.

Dalam perkembangan sama, Amirudin turut mengucapkan selamat Hari Pekerja kepada seluruh pekerja di Selangor.

“Anda adalah wira dan nadi negeri Selangor. Negeri yang menjadi pusat tumpuan ekonomi dan pembangunan industri negara, hanya akan berjaya sekiranya mempunyai warga kerja yang ampuh dan komited,” ujarnya.


Pengarang :