Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat mangsa kediaman yang rosak akibat ribut di Kampung Orang Asli Tun Abdul Razak, Hulu Selangor pada 3 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

MB luang masa lawat kediaman Orang Asli rosak akibat ribut

HULU SELANGOR, 3 MEI: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa mengunjungi Kampung Orang Asli Tun Abdul Razak, Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini.

Ketibaan Dato’ Seri Amirudin Shari disambut kira-kira 500 penduduk Orang Asli pelbagai peringkat usia sebelum beliau menunaikan solat Asar secara berjemaah.

Amirudin turut melawat sebuah kediaman Orang Asli yang rosak di bahagian bumbung akibat dilanda ribut baru-baru ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat mangsa kediaman yang rosak akibat ribut di Kampung Orang Asli Tun Abdul Razak, Hulu Selangor pada 3 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengerusi Kampung Orang Asli Tun Abdul Razak Amizan Silai berkata pihaknya berbesar hati dengan kehadiran Amirudin ke perkampungan yang wujud lebih 50 tahun lalu.

“Kehadiran Dato’ Menteri Besar sebenarnya agak mengejut kerana dimaklumkan pagi tadi. Ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk bertemu dan bertentang mata dengan beliau.

Terima kasih sudi hadir ke kampung kami,” katanya ketika ditemui Selangorkini.

Terdahulu, Amirudin hadir ke majlis perasmian penjenamaan semula Perpustakaan Syed Mashor Perpustakaan Awam Selangor daerah Hulu Selangor di sini.


Pengarang :