Aksi beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai pada kejohanan Masters Malaysia di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024. Foto Facebook Badminton Association of Malaysia – BAM
AGENDASUKANKINI

Pasangan suami isteri Soon Huat-Shevon juara Masters Malaysia

KUALA LUMPUR, 26 MEI: Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai meraih kegembiraan berganda, apabila meraih gelaran kejohanan Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena di sini, hari ini.

Pasangan suami isteri di kedudukan ranking ke-18 dunia itu, meraih hadiah perkahwinan seperti diidamkan untuk muncul juara dengan menewaskan pilihan ketiga dari Indonesia Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 21-18, 21-19, dalam masa 48 minit.

Kejayaan itu turut menyaksikan Soon Huat-Shevon yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 4 Mei, menamatkan kemarau tujuh Masters Malaysia untuk wakil negara meraih gelaran kejohanan Super 500 itu.

Kali terakhir wakil Malaysia muncul juara Master Malaysia ialah Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing pada edisi 2017.

Kejohanan itu tidak diadakan pada 2021 kerana pandemik COVID-19.

 

 


Pengarang :