AGENDANASIONAL

Punca tiga beranak mati akibat tersedut asap, tiada unsur jenayah

BALIK PULAU, 26 MEI: Kematian tiga beranak dalam kebakaran sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau, di sini pagi semalam tidak membabitkan sebarang unsur jenayah, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal.

Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap Noorul Bowjiya Saida Mohamed, 58, anak lelaki Muhamad Ibrahim, 33, dan anak perempuan Rahbiah Jasmin, 20, mendapati kesemua mereka meninggal dunia akibat tersedut asap.

“Hasil bedah siasat yang dilakukan doktor pakar Jabatan Forensik Hospital Balik Pulau mendapati kesemua mangsa meninggal dunia disebabkan ‘Smoke Inhalation’ (tersedut asap),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi semalam, seorang ibu dan dua anaknya maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau.

— BERNAMA

 

 

 


Pengarang :