AGENDANASIONAL

Petaling, Hulu Selangor antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 23 MEI: Hujan lebat diramal melanda kawasan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 1 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir serta angin kencang turut berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Labuan.

Berdasarkan info grafik MetMalaysia di Facebook, beberapa daerah di Pahang, Johor dan Sarawak juga mengalami cuaca sama.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :