Pasukan Malaysia menjadi juara dunia acara beregu Piala Dunia Sepak Takraw selepas menewaskan Thailand dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 22 Mei 2024.
AGENDASUKANKINI

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia atasi Thailand, juara acara beregu

SHAH ALAM, 22 MEI: Gandingan negara, Aidil Aiman Azwawi-Noraizat Mohd Nordin menewaskan Thailand bagi muncul juara acara beregu pada saingan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, sebentar tadi.

Pada aksi final berlangsung di Stadium Titiwangsa itu, sokongan padu penyokong nyata membangkitkan semangat Aidil-Noraizat yang mencipta kemenangan 17-16, 15-13 ke atas Seksan Tubtong-Kittiphum Sareebut, lapor portal Berita Harian

Sebagai rekod, ini adalah kali pertama Malaysia berjaya menumbangkan Thailand dalam acara beregu dan pingat emas pertama negara dalam saingan Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 2011.


Pengarang :