Petugas kesihatan mengambil sampel darah pengunjung program Selangor Saring sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) di Pangsapuri Sri Perantau, Klang pada 18 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Negeri anjur saringan kesihatan percuma Sabtu ini, daftar di aplikasi SELangkah

SHAH ALAM, 22 MEI: Orang ramai khususnya yang menetap sekitar Lembah Jaya dipelawa menyertai program saringan kesihatan percuma pada Sabtu ini.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berkata inisiatif Selangor Saring itu diadakan di Dewan MPAJ Tasik Tambahan, Ampang, dari 9 pagi hingga 3 petang.

“Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program saringan kesihatan di kawasan Lembah Jaya. Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma untuk fizikal, darah, urin, kanser, mata, gigi dan lain-lain.

“Anda digalak membuat pra pendaftaran menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) kerana penilaian faktor risiko setiap individu melalui borang saringan awal di aplikasi tersebut.

“Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika mengalami sebarang masalah berkaitan pendaftaran,” katanya menerusi Facebook.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Program diperkenal bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.


Pengarang :