Seorang kakitangan perubatan menghasilkan ubat tradisional Cina bagi merawat pesakit dijangkiti Covid-19 di sebuah hospital di Wuhan pada 2 Mac 2020. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Dagangan China merudum akibat wabak Covid-19

BEIJING, 7 MAC: Dagangan luar negara barangan China merudum sebanyak 11 peratus untuk dua bulan pertama tahun ini kepada AS$592 bilion ekoran gangguan penularan wabak Covid-19, lapor Xinhua memetik perangkaan pada Sabtu.

Eksport menjunam 17.2 peratus kepada AS$292.5 bilion dalam tempoh berkenaan manakala import susut empat peratus kepada AS$299.5 bilion, menurut Pentadbiran Kastam.

– BERNAMA


Pengarang :