Petugas kesihatan Selcare membuat ujian calitan ke atas seorang kanak-kanak pada program Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Serbaguna MBSA U5, Shah Alam pada 27 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Kes baharu di lapan daerah turun

SHAH ALAM, 29 MEI: Lapan daerah di Selangor semalam menunjukkan penurunan kes Covid-19 berbanding sebelumnya dengan Petaling merekodkan perbezaan ketara.

Berdasarkan perkongsian Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) di Facebook, sebanyak 318 kes turun di daerah itu selepas hanya mencatat 556 berbanding 874 pada Khamis lalu.

Penurunan jangkitan berkenaan susulan Selangor hanya mencatat 2,052 kes baharu iaitu kurang 623 daripada 2,675 yang dilaporkan sehari sebelumnya.

Tujuh daerah yang turut melaporkan penurunan adalah Hulu Langat dengan 450 kes, Klang (337), Gombak (336), Sepang (91), Kuala Selangor (83), Hulu Selangor (49) dan Sabak Bernam (21).

Namun, situasi berbeza di Kuala Langat apabila mencatat tiga angka di mana peningkatan 75 kes kepada 129 berbanding 54 sahaja Khamis lalu.


Pengarang :