SHAH ALAM, 19 JUN: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini kekal pada paras 2,000 kes dengan 2,127 kes baharu dicatatkan semalam.
Menurut data dikongsi menerusi https://covidnow.moh.gov.my jangkitan harian merekodkan 2,320 kes pada 15 Jun, 2,033 kes (16 Jun) dan 2,130 kes (17 Jun).
Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,538,922 kes dengan 26,362 daripadanya adalah kes aktif.
Daripada jumlah kes aktif , 25,350 menjalani kuarantin di rumah, 981 kes di hospital termasuk 23 di tempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan lapan kes di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC).
Data tersebut menunjukkan satu kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,732 kes.