Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Jelajah Selangor Penyayang daerah Sepang di Kota Warisan, Sepang pada 30 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jelajah bantuan rakyat di Hulu Selangor hujung minggu ini

SHAH ALAM, 1 DIS: Jelajah Selangor Penyayang fasa dua bagi memperkenal pelbagai inisiatif baharu dan ditambah baik untuk rakyat diteruskan ke Hulu Selangor pada 3 dan 4 Disember ini.

Program bantuan rakyat yang sebelum ini ditunda bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan di Persiaran As-Salam Bukit Sentosa bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang.

Antara program menarik disediakan untuk pengunjung termasuk saringan kesihatan secara percuma, Jelajah Ehsan Rakyat serta persembahan artis terkenal Siti Nordiana dan Black Hanifah.

Bertemakan Membudaya Kesihatan Berkualiti, program selama dua hari itu bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada pagi Ahad.

Kali terakhir program itu diadakan sebelum PRU15 ialah di Sepang pada 29 dan 30 Oktober lalu.


Pengarang :