SHAH ALAM, 9 SEPT: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke empat lokasi esok, mulai 10 pagi.
PKPS menerusi Facebook memaklumkan program jualan murah diadakan di kabin KRT 18 Barat, Jalan Gebang Satu 18/16A, Seksyen 18 (Batu Tiga); Kampung Sepakat (Bukit Melawati); tapak peniaga sementara Pangsapuri Seri Perantau (Selat Klang) dan Dewan Pulai MBSA, Seksyen 27 (Kota Kemuning).
JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).
Setakat ini, program itu sudah dianjurkan di lebih 2,000 lokasi seluruh negeri dan dianggarkan memberi manfaat kepada 4.5 juta penduduk.
PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.
Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS