EURO 2016: Perancis menang 2-1 atasi Romania

PARIS 11 JUN: Tuan rumah Euro 2016 Perancis melakar kemenangan awal 2-1 ke atas Romania dalam perlawanan pembukaan kejohanan itu.

Perancis dibarisi pemain bintang mempamerkan permainan lebih rancak dalam babak kedua akhirnya berada di depan apabila Olivier Giroud menanduk masuk gol pertama Euro 2016 hasil hantaran Dmitri Payet pada minit ke-57.

EURO 2016Bagaimanapun, kurang lima minit, Romania mendapat penalti selepas Patrice Evra menjatuhkan Nicolae Stanciu.

Bogdan Stancu menewaskan penjaga gol Perancis Hugo Lloris untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-64.

Payet menggembirakan penyokong tuan rumah apabila rembatan jarak jauhnya menerjah jaring Romania pada minit ke-89.

Perancis merupakan pasukan pilihan untuk bergelar juara tahun ini selepas muncul juara sebanyak dua kali sebagai tuan rumah – Euro 84 dan Piala Dunia 1998.

EZY


Pengarang :