MBPJ: Tidak guna polisterin bermula 1 September

OLEH : NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 11 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menguatkuasakan kempen tidak menggunakan polisterin di semua premis makanan bawah pentadbirannya bermula 1 September.

Datuk Bandarnya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata perlaksanaan itu dilakukan secara berperingkat.

Kuala Lumpur 18 Mac 2009 - Tinjaun bekas Makanan Polisterin di (UIAM) Gombak..Gambar;Mohd FaidzalSurip (Pelatih IKBN)/Pemberita:Dayne NOTA: TERBITAN UTUSAN 2 MEI 2009 MUKA 12

“Kita mahu memberi kesedaran kepada semua pihak dalam perlaksanaan ini dan ia berjaya mengurangkan sampah di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Bazar Ramadan Mampan di SS6/1, di sini.

Mohd Azizi berkata peringkat awal, MBPJ akan mengeluarkan notis pemberitahuan sebelum tindakan kompaun yang akan dikaji selepas itu.

“Kita mahu supaya semua pihak bersedia perlaksanaan ini sebab itu kita hanya berikan mereka notis terlebih dahulu.

“Selepas itu, pihak MBPJ memainkan peranan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

EZY


Pengarang :