Joe’s Barber Shop kini di Kompleks PKNS

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 11 JUN: Joe’s Barber Shop meluaskan empayar perniagaan dengan pembukaan cawangan kelima di Kompleks PKNS, Shah Alam.

Selaku pemegang francais, penyanyi rap terkenal, Ahmad Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet berkata cawangan baru ini menempatkan lapan orang tukang gunting profesional.

“Kami membuat keputusan untuk membuka kiosk di Shah Alam kerana ramai pelanggan kami di sini pergi potong rambut di Joe’s Subang Jaya.

Joe's Barber Shop PKNS Altimet (ASRI) (1)“Ada peluang dan ruang baru di PKNS kita pun bersetuju untuk masuk,” katanya kepada Selangor Kini.

Popular dengan single ‘Kalau Aku Kaya’ hasil kolaborasi bersama Awi Rafael, Altimet mengakui PKNS menyimpan seribu satu kenangan buatnya secara peribadi sehingga hari ini.

Katanya, pemilihan Lembah Klang sebagai lokasi pembukaan cawangan baru turut dipengaruhi permintaan pelanggan selain perkembangan infrastruktur awam.

“Saya memilih PKNS kerana saya membesar di PKNS.

“Pekerjaan pertama saya selepas SPM juga di PKNS. Alhamdulillah selepas 20 tahun saya kembali di sini untuk berniaga pula

“Diharap kehadiran kami memeriahkan suasana di sini dan mengharapkan ada rezeki buat barber serta saya selaku pemegang francais,” katanya.

Joe’ Barber Shop yang mula bertapak Subang Jaya sebelum diteruskan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Bangi dan Kuching, Sarawak menawarkan potongan rambut pelbagai gaya pada harga RM20 seorang.

Pelanggan juga boleh memilih dan membuat tempahan khidmat barber yang bersesuaian dengan citarasa masing-masing.

EZY


Pengarang :